Monday 28 January 2019

Salam Taiwan


Assalammualaikum uolls.. Happy New Year. Apa azam tahun baru korang. Eh dah masuk tahun 2019 ni.. Ni first entry tuk blog. Rasa2 ada lg ke yg baca entry ni. Xda org baca kita kita sempat tuk kenangan anak cucu cicit bagai 😝😝😝. If entry dipost for sure la ada trip melancong kan..hahaha so kali ni dengan rasminya first trip tahun 2019

Dah planning hampir 1tahun, mulanya nak ke boracay tp disbbkan pulau tu tutup terus switch ke taiwan. So this time iolls join another group salunya kan buat sendiri trip kali ni kasi lain sikit.. Gitewww


Caah fly to taiwan 5orang ( 3 boys & 2 girls ).17- 21 Januari 2019. 5hari 4malam berkelana di bumi taiwan. Salam taiwan gittew bak kata mira filzah 😂😂😂

Meh kita citer pengalaman caah sepanjang kat sana bersama sama dorang ( Ami, Ayie, Zaki & Kak Fiza). Ku tulis entry ni diatas flight otw balik malaysia sebab dh kenyang makan so xleh nak lelap adoi lg 2jam weh



Travel buddies at Taipei 101


Day 1 ( 17 Januari 2019)

Seawal 4pagi gerak dari putrajaya ke Airport. Seb baek ada inshan yg baik hati sudi antarkan i ke airport pg2 buta. Thanks ye.. Nanti kite lanje makan. Dah sampai airport selesaikan urusan check in beg. Breakfast MCD jap & terus ke tempat pelepasan. Tp setiap kali lalu imigresen mesti teringat kenangan masa nak p acheh.. Kenangan berlari & merayu. Eh tercerita lak ok done abis situ

Perjalanan mengambil masa 4jam dari Klia2 ke taipei airport. Kami berlepas 7.40pg sampai sana dlm pukul 12.20 tghari. Waktu taiwan sama dengan kita cuma dia siang singkat. Pukul 5.00ptg camtu dah senja. So selesaikan urusan imigresen & ambil luggage ktrg keluar tuk dapatkan portable wifi, easy card, 3days taipei fun pass & mrt token ke main station taipei. Semua ni nok ami beli kt klook. - 248 per pax untuk 3 hari include tiket masuk ke national musuem, taipei 101, gondola giant etc. - but ktrg hanya sempat masuk ke Taipei 101, lain2 tak sempat maybe boleh buat taiwan 2.0 . hahahhaha

Dah settle semua kami berlima bergerak menuju ke jalan yg benar lg lurus dan penuh dgn pancaroba gitew. Ktrg turun ke MRT Taipei Main Station ala2 kl sentral la. Terus naek red line ke minquan w road laluan ke tamsui dan exchange ke line orange sanchong elementary school & menapak hampir 15minit tuk sampai ke Good House ( No 2, Lane 42 Renxing District). Rumah pangsapuri luar nampak cam usang dalam woww mewah okeh, bercinta nak naek sampai tingkat 5 but its sokey im already hire someone tuk angkat beg - ( i bayar okeh bukan free nti belanja makan jerr kasi gendut lg hahahhaa, tq nok)

So kami berehat2 hampir 2jam sebelum ke ximending street. Rumah ni ada 3bilik 2bilik air. Everthing lengkap cuma dia xda iron tp ok jurr pakai je kedut2 peduli apa cam tak biasa travel kan..

Next kami ke ximending - cara nak ximending ni dari sanchong elementary school tukar ke redline minquan w road tukar lg ke green line arah xindian & stop ke stesen ximen. Ximending ni ala2 cam bukit bintang. Btl2 bersebelahan ngn mrt.. Kami pusing2 dekat 2jam jgk rasanya xda beli apa pun cuci mata je dan servey rege. Kat sini banyak naw la barangan komestik murah2 jgk. Nasib tak terjebak beli byk barang ku tahan nafsu je

Dah puas jalan kat situ, next kami ke roahe night market. Kat sini byk makanan & barangan dijual . Bab makanan ko blh lalu tgk jlh sbb xda yg halal pun pusing2 pastu balik ke homestay. Tamat hari pertama



Acah acah rajin masuk dapur gittew


Harus da pic kat dpn pintu masuk


Ruang Tamu Good House


Meneliti MAP MRT



Ximending Street


Salam Taiwan

Day 2 ( 18 Januari 2019)

Mari kita mulakan hari kita dgn ceria. Saja kasi up pic kat geng yg bekerja ari tu 😝😝😝. Kisah hari kedua yg sangat panjang seawal 5pg kami bangun. Mcam biasa kami bermula dari MRT Scanhong elementary school dan terus ke Tamsui.1 kali pertukaran line. Dari tamsui kami nak yehliu. Ada yg kasi suggestion naek bas taiwan tourist shuttle "crown north coast route" blh terus sampai yehliu tp disebabkan ko cakap serupa ayam & itik makanya kami tukar plan naek bas ke keelung station untuk sampai ke yehliu geopark. Perjalanan ambil masa hampir 2jam. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan bukit bukau & jalan persisir pantai dgn seat bas yg membuatkan aku & kak fiza xleh nak lelap mata sbb asyik nak melunjur ke bawah je. Hahhahaa.

Kami turun dekat pitstop tepi main road tuk sampai ke yehliu. Dari main road kami jalan kaki hampir 15minit. And finally im here. Masa kat sini angin sangat kuat maklum la tepi pantai kan. Suhu pun lebih kurang 18-20°C camtu. Tapi bila bergambar sanggup bukak sweater acah2 retis. Kami spent time kat sini dalam tiga jam.


Yehliu Geopark







Bas mana satu naik pun tak ingat dah

Kami teruskan perjalanan untuk sampai ke shifen old street & shifen waterfall. Kami menapak semula ke main road naek bas 
( Bas No 790 @ 862) untuk sampai ke station keelung. Dari Station Keelung pergi lak kat stesen ruifang (Bus 788), perjalanan mengambil masa lebih kurang stghjam. Kami tiba di station ruifang dan kat sini kami rehat kejap mencari makanan dan ada satu kedai indonesia kat sini. Dari stesen ruifang ke sini kena jalan kaki dekat 15minit. Jalan la kaoo sampai lebam nak jalan sangat kan ..Kami berehat sekejap dan teruskan perjalanan semula ke shifen. Nak ke shifen naek train ke pingxi line dan turun kat shifen.Masa ni terjumpa orang malaysia. Dia tegur ayie dulu pastu bru la ktrg borak2. Hey rachel mesti u belum balik masia lg kan & say goodbye kat rachel sbb ktrg turun stesen shifen. Ha kat sini ada macam2 jualan & boleh main lattern kat sana. Harga 150TWD. Tak sempat pun nak tulis2 wish kat situ. Dan puas posing kami ke shifen waterfall. Tak jauh mana pun dalam 10minit gak tp sebab sarahadi ni dah terlampau push kaki ( maklumla kaki masih dalam recovery) sarahadi sewa motor. 100TWD 1jam.. ( own money)


Shifen Old Street - View Petang

Dah smpai shifen waterfall malangnya dah tutup entrance dia. Nampak dari tepi je. Jadi la nok. So if korang nak sampai awal sila pastikan ke waterfall dulu okeh. Sbb waterfall ni tutup kul 4.30 ptg dalam tenet tulis 530ptg.. Hampeh btl. Klik klik gambo pastu move ke Juifen Old Street.



Shifen Waterfall


Shifen Old Street Dikala malam


Juifen Old Street


3 Ladies Hahahaa

Kena patah balik ke Stesen ruifang & ambil bas ke juifen old street. Dari stesen ruifang ke sana lebih kurang 20minit. Dah sampai kami posing2 la sbb byk kedai dah tutup. Dorang tutup awal lak. Sempat gak la beli souniver kat sini. Fridge magnet kat sini murah sikit dr ximending.

Dah puas kan patah semula ke stesen ruifang naek bas yang sama jgk masa pegi. So dari stesen ruifang kami turun taipei main station dan teruskan perjalanan pulang ke rumah. Masa ni letih ya amat mandi2 terus lena. Tamat kisah hari kedua

Cadangan : If korang xnk public transpot korang boleh ambil pakej dr klook or kk days dalam RM 90camtu. Jimat tenaga kuarkan duit sahaja.


Day 3 ( 19 Januari 2019)

Hari ni kami gerak lambat sikit xdala lambat sangat sbb hari ni kami city tour je. Kami mulakan perjalanan ke Dihua Street 
( orange line turun ke stesen songjiang nanjing maybe- lost memory lak ). Kat sini dah nak raya CNY kan so mmg sepanjang jalan ada jual2an meriah macam jalan tar.

Dari dihua street kami jalan kaki ke ximending street sblm ke red house. Red house ni depan ximending je. Kat ximending sempat la beli lipbalm himalaya sememangnya murah & face mask buy 1 free 1. Kami share je jimat. Bukan nak pkai salu. Sarahadi ni ada 8 pcs tu ntah bila nak pakai salu awal2 je rajin pastu malas dah.


Jalan kaki sekitar town


red house


Ximending Street di waktu pagi

Dah penat semua bagai kami ke chang beef noodle shop. Makan mee noodle dia. Kenyang sampai malam. Kedai Chang Beef ni dekat ngn ximending tu. Jalan kaki 15minit rasanya. Nak sampai sini kena naek MRT Red Line turun station Ximen. Pastu google map tuk jalan kaki ke sini

Menu di Chang Beef Noodle


Kami teruskan perjalanan kami ke Chiang kai shik memorial. Nak sampai sini blh naek red line or green line. Kami ambil masa hampir 1jam kat sini tuk bergmbar dan sterusnya kami move ke daan park untuk ke taipei grand mosque. Dari CKS memorial tu naek ke red line terus ke daan park station dan menapak ke masjid dalam 8minit camtu. So nak p masjid hampa dah boleh check in dua tempat. Daan forest park & Masjid Agung Taipei. Kami solat jamak kat sini dan berehat sebentar & kat sini jgk la kejadian tertinggal gopro. Nasib baik ada. Sepatutnya kami ke Taipei 101 tp patah semula tuk ambil gopro. Nak redha hilang uishh mahal taw tapi kena usaha dulu . Alhamdulillah ada lg. Untung org taiwan sangat jujur tak curi kalau malaysia hahahhaa no komen 😁😁😁😁. Jangan kecam sis ye. Confirm lesap gopro tu.

Cakk


CKS Memorial Hall

So kami tukar plan B terus ke Shilin Night Market. Dari Daan Park terus ke Stesen Shilin. Kami turun station shilin dan pusing2 pasar dkt 3jam. Banyak barang2an jual kt sini. Orang pun ramai gila bersesak2 gila. Pening pala nak redah jemm hehehhee. Kat sini souniver murah. Boleh borong . Kat sini gak kami borong mochi kt uncle tu. Habis semua mochi dia kami sapu. Laku keras. Mochi halal ye. Siap ada chop halal. Memasing teruja sbb sedap 😂😂😂. Jadi beli la bnyak2.

Ada yg beli fridge magnet, baju 5pcs dpt 150TWD boleh tawar menawar... Beli cermin & so on. Sarahadi msa ni beli mochi je . Ha tak lupa kitew beli poskad pos dari sana. Napa la tak terpikir nak post dari dulu lg. Boleh buat koleksi kan.

Dah jalan2 cari pasal kat shilin night market kami pun balik ke sarang. Ok nak gtaw kat sini station paling terdekat Jiantan Station. Naek Red line turun sini ye. So tamat sudah kisah hari ke 3.





Grand Mosque Taipei


Kami Bersama Snow ICe

Day 4 ( 20 Januari 2019)

Kami mulakan hari seawal 630pagi. Teruskan adventure kami ke yangmingshan..Perjalanan kami mmg bermula dari Sanchong Elementary School. Kami terus ke jiantian station ( Red Line) dan naek bas ke yangmingshan. Bus No R5, S15 atau  S17. Dari jiantian station nak ke yangmingshan dkt 20minit. Masa ni dalam bas penuh ngn acik2 nak p sana. Gila hebat la dorang hiking..kikikiki

Tarikan yangmingshan dia kawasan pergunungan. Ada 13 tempat menarik yg boleh korang kunjungi. Tapi kami tak sempat nak abiskan semua sbb hujan turun. Suhu kat sini cecah 12-14°c. Beku weh dgn baju basahnya lagi mmg gila la citer dia. Kami hanya sempat ke qiangtiang nak tgk lembu. Tmpt tu tutup sehingga september 2019. Ciss hampeh btl.

Kami ke juansi waterfall.. Masa nak ke juansi waterfall ni dah la hujan sejuk lak tu.. Tp jalan jee nak patah balik dah jauh. Teruskan je perjalanan.. Siap ada memori daun pisang lg 😂😂😂.. Siap ada video takzirah gitew. Dah penat jalan cr jalan pulang.. Alih2 naek bas pusing pnya pusing last2 sampai jiantian station 😂😂😂😂... Masa tu lantak la bas nak henti mana, masa tu mata dah lalok teruk kepala dah pening sbb kena hujan. 😁😁😁.

Kami teruskan perjalanan mencari kedai makan. Kebykkan tutup kedai halal last2 kami ke ximen makan kebab dari khan swarma kebab. Gila sedap kebab dia puas hati btl. Siap uncle ni kasi diskaun lg kat kami. Dah kenyang makan kami ke Taipei 101. Dari stesen ximen tukar ke red line terus ke taipei 101. Tiket masuk sini 800TWD. Semalam yg tak jadi harini sampai jgk walaupun cuaca sangat tidak memuaskan sbb tiket dia dh termasuk dalam day pass card yg kami beli masuk hari pertama tu. Pusing2 atas tu kejap jee pastu move ke elephant mountain. Nak ke sini naek RedLine trun xiangshan station dan menapak la dlm 5minit. Nak sampai sana dah malam. Tp naek gak la alang2kan. Nak naek sini klu boleh korang p awal. Dpt tgk view ptg & mlm. Ha nak naek atas ni tangga taw. Bercinta la sarahadi panjat tangga. Minta nyawa minta nafas semua dah kat sini.. Hahahhaa tp finally sampai gak akhirnya walaupun keletihan. Dapat bergmabar hilang penat 😝😝

So dah puas jalankan. Kami patah balik ke MRT xiangshan ke taipei arena. Kami mencari halal food lagi. Lapa kan. Bagi isi tenaga dulu sblm nak shopping. Dah kenyang kami ke shilin night market.Rasanya seminggu lg dok sini dah boleh hafal kot mrt dorg..

So dah turun kat jiantian station kami shoping la apa yg ptt kat sini. Habiskan duit2 terakhir sblm balik keesokan harinya. Tak percaya kat sini sarahadi tak shoping sangat. Balance duit pun ada lg 2000 TWD. Dah penat shoping balik ke pangkal jln & kemas2 barang tuk balik sok. Lena teruk arini, tak sedar sampai jam berbunyi. Kaki pun dah sakit gila rasanya sbb makan terung, urat hijau bengkak ..adoii


Cant remember apa nama dia tp ni stesen tv kot dpn Jiantan Stesen


Map route Bas di Yangmingshan


Salam perantauan


view dari atas taipei 101


penat naik tangga ni view dia


view dr mountain elephant




Day 5 ( 21 Januari 2019)

Yeyyy hari terakhir kt taiwan. Marii kita pulang rindu makanan malaysia.. Kami mulakan hari kami sedikit lewat. Keluar dari good house 9.00 pagi dan kami ke taipei main station tuk simpan loker dan kami ke shilin station tuk hunting bunga sakura. Berjalan dkt 10minit dan akhirnya kami ketemu. Oh yeyyy. Hilang sakit kaki sarahadi kejap 😝😝😝.

Plannya nak ke ximen tp tak sempat sbb nak ke airport. Dan kami hampir tersesat nak ke tempat lugagge yg kami simpan td sbb besar gila taipei main station ni.

Dan terus ambik MRT ke airport. Settlekan urusan semua dan time to say goodbye taiwan. Ada rezeki kami dtg lg sbb ke tmpt lain lak. Tarako ke, alishan ke.. Eh eh. So nak public transport kat taipei ni sangat senang. Nak tgu mrt dalam 5minit je. So sangat2 recommend okeh.

Sblm boarding kmi ke B1, cari makan. Kat airport da satu kedai halal kat sini. Cari kt food court dia mesti jumpa. So kami berlepas tepat 3.55 ptg. Dan skrg sarahadi menaip entry ni hampir 1jam . Ada lg 40minit nak sampai.

Stop sekejap .. Nak tgk bpa hari nak siapkan entry ni sblm post. Stop time 7.58 PM atas awan dalam kapal terbang.

Cont entry pukul 10.58am (24/1/2019) sekejap. So kami touch down kat KLIA2 dalam 8.50PM. Pilot gtaw suhu 30'C. hahhaha ambik kaw kat sana suhu kemain sejuk balik malaysia hahhaha panas btl. So Tamatlah perjalanan kami di Bumi Taiwan selama 5D4N.



caah dan sakura






kedai halal kat airport

Info tambahan

Kos Perjalanan all in RM 1700 ( termasuk flight pergi balik + luggage + Makan 1kali sehari + airbnb + transport)

Disebabkan masa ktrg nk pegi ni byk sgt isu xleh bawak daging & so on.. Jadi kami berani tekad jgk la bwak brahims, sharifah & sambal balis. Mula2 nak declare last2 jalan je terus.. Hahaha so selamat je melepasi kastam dorang ..

So layan la pic ni... mana yang ada je upload lain2 simpan buat kenangan sendiri je....

so next vacay... kuching im coming buat ke empat...




















Taipei 101
Done update Blog: 8.00PM ( 28012019)

No comments:

Post a Comment