Thursday 28 August 2014

Sesal separuh nyawa


Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


sejenak bersama


Bukan tidak suka.

Bahkan jauh sekali ingin membenci.

Saya cuma tidak kuat ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa.

Lantas kerana itulah saya melarikan diri.

Kerana saya tahu saya bukanlah srikandi yang teguh imannya di hati.

Saya cuma hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini.

Saya tahu amat sukar bagi anda untuk mengerti.

Andai anda ingin melarikan diri.

Tiada lain saya harapkan melainkan diredhakan hati.

Kerana saya tahu rencana Illahi adalah sebaik-baik ketetapan buat diri.

Lantas, siapalah saya untuk menyanggahi?

Andai ingin menanti.

Janganlah anda merapati.

Kerana saya pasti menjauhi.

Bukan kerana membenci tetapi

Kerana saya bukanlah srikandi yang tebal imannya di hati.

Buat hati yang menangisi.

Pergilah dikau mencari redha Illahi.


Tuesday 19 August 2014

sekadar renungan bersama

Sibuk kejar kehidupan.
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
“Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat.”
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, “Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat.”
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
“Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi “
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
“Nak apa?”
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
“Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan.”
Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi…. semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

copy paste via tumblr thanks http://kitasekadarhamba.tumblr.com/


Friday 15 August 2014

Jejalan penang

Assalammulaikum kawan2...

Ha baru nk update tp xtaw nk tulis pe..btw masa raya ritu caah ke penang..dari umah nk ke penang dkt je dalam sejam lebih. sj jejalan kat penang ngn geng puaka...so xda la pusing mana pun..pekena nasi kandaq. makan pasemboq kat padang kota ngn jalan2 kat art street..banyak kali dh dtg penang tp ni first time jalan kat art street tu.mmg best kot tp tak abis pusing sbb tak larat nk menepak..len kali nk pegi sewa basikal..bru leh pusing abis kat artstreet ....

so meh tgk pic jelah ek...check it out

beratur tunggu nasi kandaq