Wednesday 22 April 2020

Trans Korea

Assalammualaikum...first entry utk tahun 2020.. Yeyy semoga tahun 2020 diberkati allah dan disihatkan tubuh badan dalam menjalankan ibadah & bermusafir dimuka allah swt yang indah permai ini.

First entry ni caah bermusafir di bumi kimchi. Korea Selatan selama 11hari 10 malam. Annyeong. Kitaorg 16orang cover 3 tempat jeju seoul busan. This time i follow group je tapi secara backpackers gak. Thanks to leader suhami ahmad & jerry

Malas nak masa tulih panjang2. Nah kita citer pasal itinerari kita selama 11 hari. 

Day 1- Jeju (16012020)
- first flight 8pg dari Klia ke jeju ( ambil masa 6jam untuk smpai sana). Rasanya ni flight paling lama travel.  Bosan btl tdo 2jam je pastu berjaga & sembang ngn kak azi & bad
- touch down jeju around 3ptg. Imigresen berjalan dgn lancar walaupun dpn iolls masa tu kena soal mcam2 but group ktrg semua lepas. Alhamdulillah
- settle semua baggage ktrg keluar naik bas ke car rental (mujigae Rental Car)
- Suhami ahmad & jerry settlekan dokumen pasal sewa kereta kat sana. 
- ktrg sewa 2 buah kereta untuk muatkan 16orang. 
- check in Pearl Jeju Hotel dekat town.
* hotel ni ada tab mandi, & yg best ari2 tukar tuala & kutip sampah
- malam ktrg makan area town (raj mahal restaurant)
- free & easy aje malam ni.

Day 2 (17012020)
- Dodu dong rainbow coastal road - lihat persisir laut & kwsan ni ada tmpt duduk cam pelangi
- Weoljeongri Beach
* if korang bernasib baik dpt tgk ahjumma ahjumma menyelam cari abelone. Kbtln msa kami sampai acik2 tu tgh ado. So tgk la dorang menyelam..
*riuh gila kami pun apa lg join sekaki gak😂😂
- Seongsan ilchulbong - if korang ada banyak time sila la hiking smpai ke puncak tuk tgk kawah gunung berapi. Ktrg tak byk masa jd pusing2 area bawah je. Tiket masuk 4k won
- Lunch - Uribong Sikdang. Kami sharing berempat. Harga lunch lupa berapa.
- Seopjikoji 
* ada light house dkt situ
* ada canolla farm leh guling2 persis filem hindustan
- Seogeup folk village
* dah sampai bila dh gelap jd ahjumma tu ajak pusing sikit & terangkan pasal product yang dijual. 
- Back to hotel
* time kami p ni musim winter. Please prepared apa yang ptut. Glove, heatpack, heatech, apa2 yg ptut bg korang tak sejuk. 
* sejuk sampai ke tulang woiiii walaupun dh berlapis baju pakai
* korea beza ngn malaysia 1jam je. Tp time winter gelap awal. Kul 5 dah gelap. Jadi rancanglah perjalanan anda

Day 3 (18012020)
- 1100 Wetland - sejuk tahap gila -5 suhu dia. Pusing2 & ambil gambo. 
*Masa ni terpisah dgn group lg satu. Kami kesini dorang ke hallasan park 
* Masa sampai sini kwasan jambatan dia dipenuhi dgn ais so berhati2 di jalanan takut terjatuh
* one of my team jatuh. Nasib tak jd apa2. Syukur
* so dinasihatikan supaya beli la grip . Shoppe adoo. 
- Hallasan National Park - seongpanak .Posing sakan gak pkai baju kurung.( pegi jumpa another group)
- Baengnokdam Farm - masuk kena bayar 5ribu won boleh petik buah & bawak balik satu bakul yang diberi. 
*Acik kat situ siap bg extra 2 bakul lagi .. Muntah makan limau aje
* sbb dh byk sgt & tak mampu nk abiskan, aku sedekahkan limau bg dkt reception & sikit bawak ke seoul. Last limau aku abiskan dkt busan 😂😂😂
* buah dia manis gila & ada jgk masam
- Lunch - Chunsimine ok masuk sini pastikan jgn convert duit malaysia. Meraung kalau convert tp sedap ya amat oit...
- Jusangjeolli coast - fee masuk 2ribu won. Kawasan dia sangat luas korang boleh la pusing satu pulau . 
*Bergambo la sakan ye.
*Mohon pakai baju cerah & ceria baru masuk.
* kat kawasan ni ada canolla farm sempat la merasa musim bunga dikala datang musim winter.
* korang blh beli bahulu cheese dia. Bapak sedap weh. 3kwon sahaja
- Back to Hotel

Day 4 (19012020)
- Hyeopjae Beach 
*nice beach suka tgk calm kat pantai sini tp aiyoo tak tahan sejuk bila sekali angin pantai menyapa
- Camelia Hills - fee masuk 8k won .Kat sini ada farm bunga camelia yang hanya ada pada musim sejuk. 
- Baalamb cafe & farm - kat sini ada kambing biri2. Fee masuk hanya perlu beli minuman sahaja. Cam iolls beli hot chocolate 7ribu won
- Yongmeori coast - fee masuk 2ribu won rasanya. kat sini sotong bakar dia sedap ( 3ribu won)
- Hallasan National Park- again kami pegi semula ke sana untuk main salji lagi 😂😂😂😂. Dapatla rasa baby snow yang malu2 nak turun. Saja tau xnk turun lebat2.
- Dongmun Traditional Market - lots of food. Boleh la kalau uolls nak beli barangan souniver dia. Makanan dia tgk jlh tak halal ye. 
- Back to hotel 

Day 5 (20012020)
- Check out Hotel
- Fly to Seoul by Jeju air - Tiket Sehala around RM125 camtu kot tak ingat la. Beli luggage sesiap 15kg 
- Touch down at Gimpo airport
- Heading to Apartment Hongik area hongdae
* kat seoul dah guna t-money like touch & go. ni dapat free dari korea tourism organization tp korang kena la isi form dia & pickup or pos.
* kalau tak moo sila beli tmoney
- masjid Itaewon - solat & dinner dekat situ. Makanan halal mmg byk area sana ( kami lunch dkt muree restaurant)
* take away at manis kitchen ( teopokki & corn dog tgh jln dh abis 😁😁)
- Dongdaemun & History Culture Park
- Back to homestay- jalan2 sekitar hongdae . Meriah gak. Malam2 ada busking
* ada nature republic, innesfree, etude house, kakoo friend, Abc Mart, shoopen Etc. Boleh la habiskan duit gak kat sini.
* ada university hongik dkt kwasan ni. So mmg ramai la org muda mudi disana. 
* apartment ktrg stay dekat je ngn subway. 5 minit jalan kaki. Boleh singgah mini mart lagi 😂😂😂.

Day 6 (21012020)

- World Cup Stadium
- Hanuel Park - ada dua option nak sampai puncak. Sama ada naik tangga & naek kete. Dan semestinya iolls yg pemalas ni naek kete la. Bayar 3ribu won sahaja
- Lunch at kampungku & singgah kampungku mart ..Beli banana uyu & honey almon
- Naedamun Market - kat sini boleh shopping brooch & souniver. Sini mmg murah. Boleh la pegi kedai booksimina aka kedai salmah. Murah sikit dari kedai lain
* boleh juga beli tshirt, skincare, periuk ramen, sudu grafu, seaweed
- myeongdong- ini yang ditunggu oleh iolls. Diberi masa 1jam setgh kot tuk shoping. Tanpa berlengah, iols sorang2 je jalan kat situ. Semua kedai skincare komestik masuk. Asal dia bg free gift ambik aje. 😂😂😂😂
* korang boleh beli skincare macam nature republic, innesfree, holika holika, banila co etc
* harga ada yg murah ada yang mahal dari malaysia. So mohon compare harga dulu sebelum beli 
* sila aktifkan kad anda senang nak shopping
* ada free tax so boleh claim nti. Cam iolls dia dh tolak sesiap dalam resit so tak perlu claim kat airport dah.
- myeongdong underground market - sini banyak gak jualan cam stokin, barang2 bts, black pink semua ada. Souniver pun da tp mahal sikit la.
- Back to Apartment

Day 7 (2201020)

- Nami island ( tiket masuk 13kwon) include tiket ferry seberang ke sana.
* subway turun gapyeong station, naik teksi ke nami island ( 4400 won pergi balik 3500 won)
* subway sila download kakoo metro yg blh tnjuk mana korang kena turun.
* kami sbb da jerry yg mahir jadi makanya mmg dia la yg gtaw kena turun memana 😂😂😂
- Lunch sesiap kat nami island - Asian cuisine halal 
* aku cam biasa cuba jajangmyeon 10k won. Portion dia sangat banyak blh kongsi dua.
Tp cam biasa dah terlebih makan nak jalan pun malas.
* kat nami island ni kawasan di sangat luas. So kami decide ( aku, bad, peah) ambik basikal.
* 4kwon untuk 1jam. Ktrg explore kawasan ni. Thanks bad selama kami kat sana jagakan kami berdua. Jangan serik2 tau 😝😝😝
- move ke next destination shopping time
- qwangjang market 
* famous area untuk shopping kedai kain, cotton & silk - 4meter bidang 60 katanya 10kwon
* aku melontar dkt sini 5pasang - 3 for me , 2 for my ratu..
- Buckhon hanok village
* see seight dkt sini aje.. Culture village 
-  Daiso Myeongdong 
* ada 11 tingkat okeh. Setiap level aku masuk tp ada jgk terlepas pandang dan masuk tuk kali kedua dkt sini
* harga dia serendah 1kwon dan paling mahal 5k won. 
* sesi melontar dpt la beli benda yg bukan2. Seriusly mmg syokk weh masuk sini. Kalau blh xmo keluar .
- Back to apartment.

Day 8 ( 23012020)

-Ihwa Mural village
* sepanjang perjalanan disajikan dgn mural, so posing ikut suka hati la 
* one spot yang wajib ambik dkt tangga
- Naksan park
* the rest malas nak panjat bukit, so kami decide tunggu beberapa org yg naik dkt atas
* Nice view i think. Sbb ko tak panjat so xtaw apa yg ado kt situ
- Lunch at kampungku again- cuba ramyeon & ayam lagi
- Namsan Tower
* nAik cable car dari sini. Fee cable car 9500 k won return perhead. 
* option lain yg jimat naik tangga menuju ke puncak
* sampai puncak leh la posing sakan, dari atas ni nmpak view seoul & ada duit lebih korang boleh naek kat tower dia.
- Gyeongbokgung palace
* istana lama di korea. Nice place
* tutup kul 4.30 ptg
* boleh rental hanbok - kak fiza & maya aje yg pakai. 2jam 20k won
- king sejeong statue - just by pass sbb jalan nak ke palace mmg akn jmpa dia. Bawah statue tu ada musuem pasal dia. Btw ktrg sempat singgah tgk musuem dia sbb nk ke tandas. Nice musuem antara mcm2 aktiviti & blh pkai hanbok kat situ.. 
- Starfield Library
* tmpt idaman yg nak pegi sangat. Ok dah blh balik apartment, masa ni kaki rasa sakit ya amat
* free je masuk sini. Suka hatila korang nak shoping ke apa ke.
* dalam starfield ni ada shopping mall if da sempat mmg aku cuci mata dah sbb dh tak larat hurmm tgk ajelah
- Back to apartment

Day 9 ( 24012020)

- check out apartment
- gerak ke Dongseoul Bus station
* plan asal nak naik train to busan tp disbbkan train ktx dorang tak beroperasi masa seollal day ( like cny) jadi makanya naik la bas
* 6Jam perjalanan utk smpai ke busan ( 1kali berhenti di rnr)
* rnr dia sangat bersih, terpegun aku seketika
* dekat bus station ni ada daiso, apa lagi shopping, bak kata tagline daiso ( anytime anywhere) kedai paling berhantu abad ini
* 2.45 ptg ktrg naek bas . Driver bas dia pkai baju smart wooo.
* separuh dari bas kami yg conquer almaklumla 16org kot 😂😂😂😂
- Dlm kul 720ptg sampai dkt Busan bas station
* naek train sampai ke hotel
- Check in - Kimchee Busan Guest House
* Guest house ni da dapo tp dkt bawah, sharing 
* kami stay 1bilik 4orang. Nice room for me
* ada tab mandi & bilik air pun luas
-  Rest 

Day 10 ( 25012020)

- Gamcheon culture village
* dari train station kami naik bas mini untuk smpai atas
* pakai t money aje
* spent 1- 2 hours dkt sini
* boleh beli souniver dkt kawasan ni. Harga mahal sedikit berbanding dgn seoul
- jagalchi market
* hunting for king crab. Wallaweh 1kg 90k won
Kami punya kingcrab around 1.3k ribu malaysia ye. 
* We have extra money & kami tambah sorang dlm 17k won sahaja. Jimat kan
* sharing is caring gittew
- Nampo market
* just like myeongdong. Cheap & i like. Kat sini iolls beli bag supreme 10k won sahaja. Berbaloi baloi.
* singgah nature republic beli mask lg. Just beli lg 10 face mask.
- Busan Tower 
* daki tangga menuju ke puncak
* tgu dorg je sbb malas nk memanjat 😂😂😂
- haeundae Beach
* suka tgk pantai dia. Cantik btl
* masa kami dtg ada festival lampu lg la lawa
* singgah gmart - beli banana uyu, brown rice tea etc. Sini antar susu pisang yang murah 1100 won sahaja
* paling mahal banana uyu yg aku jumpa 1500 won, dkt jeju harga 1400 won, kat seoul boleh la jmpa 1200won & 1300 won
- Back to Guest house

Day 11 ( 26012020)

- Check Out seawal pagi
- almost 1hour utk smpai kat Gimhae International Busan Airport
- hari terakhir juga nak rasakan musim sejuk sbb balik malaysia dah panas
- Flight 10.35 pagi ambil masa 6jam 20minit 
- kerja tdo & tdo aje - bosan xtaw nak buat apa. Partner sblh lak tdo 😂😂😂
- 4.20 Ptg alhamdulillah Selamat Touch down malaysia
* please please make sure nama korang sama ngn tiket & pasport takut jadi isu dikemudian hari
* 2 3 hari sblm balik da wabak corona virus so make sure korang face mask. 
- End of Trip

Nota kaki
* make sure korang sediakan stamina yang sangat power sbb seoul & busan penuh dgn tangga & bukit. 
* Heaven Shopping opkos la di Myeongdong & daiso
* Personal Opinion bg aku korea ni Biasa biasa je.. Nak repeat maybe jeju sahaja.. If u love nature go there,  Seoul mmg dunia shopping. Busan city like a calm, & more mesra alam.
* Skincare, comestic mmg terbaik dan murah. Pastikan uolls survey dulu ye harga. Bagi aku sblm dtg beli dkt sini mmg aku survey dulu. Mana yg berbaloi aku beli dkt korea kalau tak beli je kat malaysia
* i love nature republic sjk2 aku pkai sunscren stick dia. Mmg best btl
* Daiso - spent time lama sikit kat sini confirm beratus korang abis kat sini. Barang rare ada kat sini berbanding daiso malaysia. Ni mmg xleh lawan
* total hangus almost RM5K. Termasuk semua la. Shoping Makan transpot. Hey 2taun tau iolls kumpul duit nak p korea. Struggle for me. Dont like woww banyak duit. You dont know how i struggle tuk kumpul duit
* Kos transportation topup t money 35k won. Cover Seoul & Busan
* Driver at jeju - Perlu da Lesen antarabangsa. setaun rm150 aje. Left side drive
* bagi korang yg suka shopping. Mohon lebihkan kg. Bg aku 25kg tu ngam2 je klu tak moo lebih lg.
* petua pastikan korang jangan convert duit ke rm. Anggap la 1k won tu cam rm1 je. 😂😂😂
.mahu murung kalau korang convert
* personally aku suka masuk Gs25, 7E, C2U. Macam2 beli oit . Banana uyu, lemang ketupat 😂😂😂
* musim winter perlukan preparation yg byk. So if nak jimat sila la pegi musim lain yang korang tak perlu bawak winter coat. 
* ini hanya itinenary simple ada tmpt yg kami skip based on keupayaan & siang yg singkat. If korang nak pegi study sikit2 & blh la buat panduan ke korea

Sehingga bertemu lagi group travel trans korea
( Ami, kak fiza, jery, bad, nida,fatin,linda,maya,teha,yazal, kak aidah, kak salina, kak azi, kak nora, kak ton) ada rezeki kita travel sesama lagi 😘😘😘




Sunday 1 December 2019

Trip Buang Duit ( Hanoi- Halong Bay- Trang An- Sapa- Danang- Ho chi Minh)

Trip Buang Duit 10D9N

Cover HANOI- HALONG BAY- TRANG AN- SAPA- DANANG- HO CHI MINH

Day 1 (11/10/2019)

-Klia2- Hanoi ( Noi Bai International Airport) 5.55AM- 8.25 AM
-Beli internet- Roaming Man selama 10 Hari- sehari rm11
-Ambik Bus no 86 dari airport menuju ke Old Quarter, Hanoi ( 42,000VDN)
-Check In Hostel- Hanoi City Backpackers Hostel ( RM236- 2D1N) booking melalui booking.com
- Drop je bag terus jalan-jalan sekitar Old Quarters
*Al noor mosque- Lunch dekat sini & solat
* Hanoi Train Street
*Temple of literature (30VDN)
*Hong Kiem Lake
* Hanoi Night Market- dari hostel dekat je jalan kaki sekitar kawasan tu

Nota Kaki

-Pergi ke tempat-tempat kat old quarters tu ktrg naik Grab je. Jimat sangat ( 135,000 VDN)
- Hostel ni je jenis dorm tapi kitaorg Quadruple Room mmg puas hati tuk 4orang. Katil Queen Okeh. Berbaring la ko hahahahaha
- Hostel provide breakfast- sedap menu dia, buat non muslim siap ada free bear lg. & hostel ni pun ada provide pakej sekitar hanoi



bongsu trip


Hanoi Train Street


Day 2 (12/10/2019)

- Breakfast dekat hostel sementara menunggu trip Ke Halong Bay
- Tepat 8AM- Tour guide mai ambik kami kat hotel
- Pakej Halong Bay ni kami beli dari Klook.Com- ( RM130 Per Pax)
* Kayaking / bamboo boat at Luon Grotto
* Sung Sot Grotto (cave)
- Pakej ni termasuk lunch- lunch kami dapat seafood, dah request awal masa booking nak seafood. Jadi dapat la ktrg makan dalam boat tu
-Tour guide kami panggil group ktrg BINTI family..sbb apa semua nama ada binti 😂😂😂. Siap cakap same dad different mother. Ktrg hurm iyakan jee 😁😁😝
- Sampai Hostel 8PM- Terus kami ke Hanoi Night market- Misi mencari bag rotan

Nota Kaki

* Perjalanan dari hanoi ke halong bay 6jam perjalanan
* Pakej ni hanya 4jam sahaja. tapi digalakkan ambik 6jam punya trip.
* Dia ada stop dekat perhentian apa ntah- suh usha jualan dorang- kami biasa la usha je lain masuk toilet.
* satu je nak cakap toilet dorang sangat bersih & ada bidet so dont worry sangat tak yah pkai botol hahhahaa
* Hanoi Night market- macam macam ada jual ko tawar la harga yang nak. tapi sakit hati sis sbb bag rotan kat sini lagi mahal dari danang. Murung tgk harga



halong Bay




lunch dalam boat
tiket masuk 
Jodoh dari Singapore



Day 3 ( 13/10/2019)

- Breakfast dekat hotel
- Ready to cover Trang An- Hang Mua Caves ( 790,000VDN Per Pax)
- Pakej ni kami beli dekat old quarters - Tan Choa dari Asia Vacation Travel Vietnam)
- One day tour dapat cover 3 tempat termasuk lunch & entrance fee
- Tour end pukul 8PM- Tunggu makcik yang uruskan bas ktrg menuju ke SaPa.
- Bus ke Sapa ( 350VDN)- ada satu pitstop pukul 1pg

Nota Kaki

* Hang Mua Caves- menapak la ko 500 step down & up. Gigil kaki weh naik atas tu tapi superhb view bila ko naek atas. hilang lelah semua .
* Trang an- Naek sampan menyusuri kawasan dalam tu. Tiket masuk ( 200VDN) tapi sebab ktrg dah ikut tour harga dah include siap la)
* 3 jam weh naek sampan tu. sejam pertama excited, masuk jam kedua masing2 dah tahap bosan. jadi kami tolong la makcik tu kayuh sekali sebab nak cepat sampai. hahahaa
* Tips ktrg kasi jgk la sian dia bawak kami yg demok2 ni hahhaaa


hang Mua caves



view dari atas 


naik sampan kat trang an



Day 4 (14/10/2019)

- Sampai SaPa 4am
- Dari Hanoi ke Sapa kami naik sleeper bus 6jam perjalanan. This is my first time ye. excited sangat. Hahaha
- Check in Hotel- Phuong Nam Hotel ( RM88- Book by Booking.com)
- Dapat masuk bilik awal- jadi kami boleh rest kejap sebelum memulakan trip.
- Tempat kami dapat cover selama 1hari kat situ
* Cat Cat Village- 70VDN
* Haven Coffee ( view sini cantik & kami order air semata-mata nak bergambo)
* Silver Waterfall ( 30VDN)- naik tangga tuk sampai ke sana. nak nanges rasa sbb ko jumpa tangga lagi
* Love Waterfall (100VDN)
* Sapa Night Market ( winter coat murah & penuh ngn seafood tapi kami mampu tgk ajelah)
* Lunch- Cosiana Hotel- Selang 4 buah dari hotel kami stay
- Kami Sewa moto sehari dekat sana. ( 100VDN) - Isi Minyak full tank tapi ada je lagi separuh tong. rezeki orang hotel dapat free minyak
- Malam kami lepak kat AHA Cafe layan chocolate ais dia. sedap wooo

Nota kaki

- Suhu dekat SaPa hampir 16'c. Dahla sejuk berangin lak tu.Gigil rasa
- Sempat membeli Winter Coat dekat sana- 300VDN. Kalau korang size kecik boleh dapat lagi murah. Kat sana mmg murah winter coat. Pandai2 survey kedai yang murah.
- Depan Hotel ktrg pun murah.
- Wind Breaker 100VDN je. Jenama North Face. Den rembat la 2helai. Beli banyak buat apa tak tau hahaha. Sebab murah sbb tu beli

lepak at AHA Cafe




silver waterfall



rempit time

Day 5 ( 15/10/2019)

- Arini hanya cover Fansipan Lagend- naik dari Sun Plaza- Dari hotel ke sun plaza jalan kaki je.
- Tiket masuk sini RM 120 per pax include tram & cable car return
- Lunch dekat Cosiana Hotel
- Naik bas ke Loa Cai untuk naik keretapi dari sana ke Hanoi- Pestime gak nak tdo dalam train.
- Sampai train station Pukul 5.30AM- Ambik teksi ke airport ( 200VDN)
- Tiket Train ktrg dh beli dekat station train dr Hanoi- Sehala 600VDN- if nak jimat lagi den syorkan korang beli dr Klook.

Nota kaki

* Fansipan lagend - sejuk gila. kabus mmg tebal tak nampak apa.
* Kami kena game ngn org jaga tu. padahal turun blh naik tram dia tak bg kami dan suruh turun tangga. Rasa nak menyumpah dahla sejuk. Tangga lak tu tp nak buat camnr dah separuh jalan baru perasan kena game. huhuh
- Tangga mmg tinggi dan curam.
- Bus dari SaPa- harga dah lupa. 1jam perjalanan untuk sampai ke stesen keratapi
- kami menunggu train 09.25PM- Cam biasa la kami je perempuan melayu yang bertudung masa tu. orang pandang mmg pelik.
- Masa tunggu train- ada game vietnam vs Indonesia- Kami dengan redha kena sokong vietnam kang sokong indonesia moo kena ketuk ke apa. siap boleh bersorak lagi. GOLLLLL
- Train tepat sampai masa- Toilet boleh la, Katil selasa la jgk . Goyang goyang pun lena kot sbb terlalu letih dan ada kejadian mektek jatuh otw naik train ( Ni 7 keturunan tak habis bahan) Aku & yaya mampu tgk sebab overload barang depan belakang.









Day 6 (16/10/2019)

- Happy birthday to me
- Sampai Airport Domestic- Around 6AM-
- Melepak sampai kul 10.20 AM sebab flight time tu. Kami naik Vietjet dari hanoi- Danang ( Harga tiket Sehala RM 169.06, add on luggage 35 KG RM 113.68 )
- Sampai Danang kami dijemput oleh Nhan. Ni aku cari dalam Backpacker Buddies Malaysia no dia.
- If nak no tepon nahn blh pm tepi - ktrg ambik 3D2N 3,700,000VDN
- Check in Hotel - Cents Danang Hotel ( RM 270x2malamx2blik)
- Sempat cover harini
* Basket Boat Hoi An ( 40VDN- 2 basket)
* Bandar Hoi An
- Makan dekat baba restaurant- nan cheese dia sedap weh, rindu lak

Nota kaki

* Sangat best naik basket boat- pusing dekat 45minit gak- masa kami sampai tu hujan kot. tp naik gak la sbb hujan separuh jalan
*mohon jgn muntah kalau pakcik yg bawak basket tu pusingkan korang. 😅
* hotel yang kami stay dekat ngn dragon bridge & love lock & danang night market. mmg sangat dekat 3-5minit dah sampai
* kiri kanan dekat ngn tempat karaoke acik-acik menyanyi hahahaa
* kami shopping dekat jolymart best wooo
* bandar hoi an ni ala2 melaka. unesco punya tempat penuh ngn tanglung- ok kat sini penuh ngn orang korea
- Tak sempat cover marble mountain sebab hujan dekat danang
...














Day 7 ( 17/10/2019)

- Time to explore hue city
- Tempat sempat cover untuk harini
* Hai Van pass- ni kalau rempit layan corner syokkk woo
* Khai Ding Tomb- 100,000VDN
* Thien Mu Pagoda
* Citadel Hue - 150,000VDN
* Cho Han Market- Bag rotan kat sini murah gila. Murah lagi dari hanoi & Ho chi minh
- Malam hanya pusing2 night market & jalan sekitar hotel je.
- if korang lama dekat sana blh la stay 2hari kat hue city. Dia kota lama dari zaman dulu kala.








Day 8 (18/10/2019)

- Ba Na Hills ( Beli tiket online dari Klook RM 110.50). Buang masa dekat atas sana hampir 5 Jam
- Dan sampai gak kat Golden Hands Danang. yeyyy
- Simpur Restaurant- Sangat recomend dekat sini. Iolls order Nasi katok 55VDN. Kedai ni orang brunei yang buka. Makanan dia sangat sedap. Lokasi kedai dia dekat ngn pantai ( ini ktrg google kedai halal dekat danang). Spagetti masak lemak dia pun sedap
- My khe beach- lalu je sbb dah kenyang makan kami pun malas nk turun. Dasar sangat semua pemalas
- Kami p airport terus sbb next destination Ho Chi Minh City
- Beli Domestic flight RM 145.74 include 15Kg luggage via viet jet
* Flight delay 3jam dekat aiport. Dia hanya bagi free voucher meal. 1.30 AM baru naik flight.











Day 9 ( 19/10/2019)

- Sampai airport HCM around 4am
- booking.com cancel bilik yang ktrg book. redha je sbb no show kan. Tapi kami redah gak p hotel yang dibooking tu. Seb baek uncle tu bagi ktrg masuk. ( stay 1night sahaja dalam 600VDN ) sebab book direct dr owner sendiri.
- kami stay dekat Ben Tanh Motel - Lokasi dekat dengan pasar ben tanh, Ben Tanh Food Market & Dserai Restaurant Halal. Bilik dia luas ada iron okeh, siap ada bath tub :P
- Kami Pusing pasar ben tanh aje shopping till drop. mmg till drop betul. habis duit kat sini aje.

Tips Shopping

* Bargain la harga 50% tp ada gak xleh nak bargain sangat
* mohon pakai RM je kalau shopping. lagi untung kot rasanya. pandai2 la kira nanti. ada untung ada rugi jadi tukar dua2. tapi iolls dua2 tukar & compare harga mana yang untung walaupun sehinggit den berkira ye. hahhaa
* kain xyah cakap segala jenis kain ado, tudung bokkita, duck ariani semua ado. murah sangat murah.
* cam biasa beli luggage kat sini RM70 je yang beso. hahaa sebab bag mmg ada satu je jadi wajib beranak bag
* kain beli la kat pasar ben tanh, dekat night market xda sangat jual kain melainkan dekat kedai2 tepi malaysian street
* kat sana sesetengah kedai terima debit & transfer kalau tak ckup duit. Ktrg beli telekung dekat rohani collection- sana terima debit card. Nak keluarkan duit aktifkan dulu kad tuk overseas.
* Night market meriah gila time ni ko rasa cam ko kat masjid jamek sbb penuh ngn orng malaysia je.

Day 10 ( 20/10/2019)

- Time to fly
- welcome back malaysia
- 4am dari hotel ke airport naik grab car ( 150VDN) sepatutnya 120VDN tapi sbb dia tlng angkat bag semua jadi bg jelah extra.
- 11.25Am touch down.
- END OF TriP

* Nota kaki sepanjang 10 hari trip

- Macam2 orang jumpa, masa tu la ko nak asah balik skill omputih ko kan.
- Total hangus lebih Kurang RM 2200 all in tidak termasuk shopping. Makan ada include siap pakej dalam duit belanja lagi. Mana yang ktrg jimat, ktrg jimat.
- Bekalan bawak jgk dari malaysia klu tak gigil memasing
-10,000VDN bersamaan RM1.84
-Stamina mmg kena fit. Tangga dimana2. Kami mmg bercinta ngn tangga selama 10hari ni















ok done malas dah nak upload...

next entry indonesia tp tak tulih2 lagi....