Thursday 25 October 2018

Combodia Trip

Hola.. Bertemu kita lagi.. Ya ampun malas ya amat okeh nak buat penulisan. Tapi gigihkan jugak la tuk menulis ni.. Btw caah nak citer pasal trip caah ke Combodia.. This is last trip for this year. 2bulan rehat sambil kumpul duit tuk next trip awal tahun.. Curlass nok
.
Ok back to story kisah caah kat kemboja. Weolls pegi 6D5N seramai 6orang. Cost RM710.00 Person exc makan minum & personal expenses. Trip ni acah2 macam besday trip la dan kebetulan my besday hari kedua trip. So celebrate kat sana berbekalkan brahim je 😂😂😂
.
.
Ok2 weolls pergi 15-20/10/2018. Bermula dgn Phnom penh. First flight 640am dan kami sampai 6.35am. Ok beza sejam jgk ye kemboja ngn malaysia.





First day (15/10/2018)

Touch down je dekat airport phnom penh, guide kami en zahri dah tunggu sesiap, disebabkan kami 6orang jadi kami terpaksa ambil 2 tuktuk dgn cost 25USD sehari. Terus kami killing field- masuk sini 6USD. Jejalan sini dkt 2jam menghayati sejarah pembunuh org kemboja yg sangat kejam..Lepas dh puas ktrg cek in hotel dulu sbb nak drop beg semua.
Kami stay dekat fancy guesthouse - 1mlm/3bilik 41.31USD.. Rehat setghjam jap sblm sambung jalan balik.

Kami ke wat phnom. 1USD. Pusing kejap je sbb xda apa sangat pun stakat tgk kuil dorang je. If xnk pergi pun blh skip bergambo kat luar pun dah ok. Kami ke central market. Yeah gurk kan sure la suka shopping. Kat sini nak habaq kain songket dia murah, 4meter 10USD. Silk pashmina 3USD tp frigde magnet dia mahal 1pcs 1USD. Kami abiskan masa kat sini 1jam stgh sbb nak ke tmpt lain lak. Kami ke Royal Palace masuk sini 10USD. Sini ibarat istana raja dorang dan kebtln kami dtg dorg ngh buat ucapara raja dorg yg mati 5tahun lepas, pagi dorg tutup ptg kul 2ptg open balik. Dah puas posing sakan kami ke independent monument, sisowath quay. Ni free jee sbb tepi jalan dan seterusnya kami jalan2 bandar aje sblm pulang ke hotel.

Tempat lawatan
- Killing Field 6USD
- Royal Palace/Silver Pagoda 10USD
- Wat Phnom 1USD
- Independent Monument Free
- Sisowoath Quay - sepanjang perjalanan free je 

- Tuktuk ( Just Add FB- Zahri Phnom Penh or Whatsap +85510788460)
Bersama En Zahri


Monument Persaudaraan Kemboja + Vietnam


Depan Wat Phnom


Kami Bongsu at Indenpedent Monument
Royal Palace
Hari ke 2 (16/10/2018)

Awal pagi bangun, cek out. Pusing sekejap bandar dia sblm kami ke Battambang. Kami sesiap breakfast kat hotel. Ok lupa nak citer kat phnom penh sangat limited nak cr kedai halal. So kami mmg bawak makanan sesiap2 sepanjang kat sana.

8.30am kami nak bas ke battambang. Bus ni iolls minta en zahri yg beli kan. Dia pun terkejut sbb jarang org request ke sana salu local je so dia pun xtaw cmnr bas tu. Ok bas tu ok cuma bas tu bas henti2. Dan kami 6org aje dlm tu lain2 semua local dan bas tu last berhenti kat poi pet sempadan thailand. Ha bayangkan kalau tak sedar maoo kami sampai thailand. Perjalanan kami mengambil msa 7jam .

Segala jenis barang diangkut weh, beras gula. Tu ok lagi. Motor 2bijik naek bas weh, gila la depa ni. Dahsyat abis. Sis nengok jelah 😂😂😂. Sepanjang 7jam perjalanan naek bas driver berhenti 1perhentian je tuk makan, sah2 la makanan halal xda jd kami makan la bekalan roti penyet kami 😁😁😁.

Bangun tido bangun tido tak sampai lg. Lps tu kan nak jd citer kami nak tulisan battambang tp pelik napa driver tak stop, sudah memasing dh cuak. Nak cakap bahasa dorg tak reti nak ckp omputih depa tak paham last2 diam jelah. Haiyoo driver pun tak pandai acaner tu. Yg bestnya kuat btl sarahadi bercakap ' excuse me do you know where is battambong' blh lak dorg tak bg respon lagi la ktrg semua cuak.. Tp dgn harapan driver tu tak tinggal ktrg kat poi pet la..kalau tak naya la. So dah bergelut ngn perasan 10minit lepas tu bru la stop. Finally we touch down battambang.

Dan guide kami Mr. Dara dah tunggu kami. Ok lega weh igtkan dah sesat barat td 😅😅😅.
Terus Dara bawak kami ke hotel. Kami stay kat Spring park hotel ( 24USD/3bilik). Yg kelakarnya guide kami ni membebel sbb lambat sampai mana taknya 7jam weh. Nasib la aniz ngn yaya kena dgr bebelan tu. Iolls naek tuktuk lg satu 😂😂😂.

Kami cek in rehat kejap pastu kami ke Bat Cave. Nak hiking boleh xmo pun xpe . Tp kami mengambil langkah malas dgn hanya tgk kelawar je dr bawah sambil menikmati air kelapa berharga 3USD dpat 4biji share la kami ber6. Hahahhaa

Dah puas balik hotel rehat tdo sbb sok nak jalan ke siem reap lak. Harga tuktuk kat sini 15USD tapi dara ni caj kami sorang 8USD sbb penat tgu kami. Redha jelah seb baek ada duit extra.

Tempat lawatan hari kedua
- Bat Cave - free

Happy besday to me 😘😘

1usd Kelapa muda

tiket bas ke Battambang 9USD


dia pasang lagu lama2 depa (kami semua anggap kami dok layan lagu pramlee) 


Bat cave


Spring park


Hari ke3 (17/10/2018)

Kul 9pagi kami ke bamboo train, boleh gitew dtg semata2 ke battambang sbb nak naek bamboo train ni gila kan. So mmg pagi tu kami wat xtvt tu selama 2jam je. Balik hotel & cek out terus ke tmpt bas.
Ok dari battambang ke siem reap iolls booking sendiri. Dapatla naek van yg ok dan hanya ada 9org sahaja. Cost dia 8USD sorang dan perjalanan ambil masa 3jam tp lajak sampai 4jam jgk.
Sampai je bandar siem reap kami dijemputkan oleh pihak hotel. Tp iolls dh deal sesiap . Dia buat free shuttle. Jimat kami kat situ.
Malam tu kami ambil tuktuk kat hotel bawak kami ke night market & ke kedai halal di siem reap. Ok kat siem reap dh byk kedai halal dan mudah cr so tak risau sngat cuma harga standartla.
.
Dan kenyang semua tdo la dgn senang hati sbb awal pg nak bgn ke angkor wat.


Tmpt lawatan
- Bamboo Train 15USD
- Night market - survey harga

- Tuktuk di Battambang- +85515776769 (Mr. Dara)

Dan 17hb lak besday zila. Happy besday beb. Dia kawan iolls masa kat um kami kenal masa iolls dgn curangnya masuk kelab anak pahang padahal iolls anak perak 😂😂😂. Masa tu la kenal zila ni.





Kami Dilandasan Bamboo Train


Ahli jemaah

Hari ke 4 (18/10/2018)

430am dah bangun sbb nak ke angkor wat tgk sunrise. Separuh hari kami abiskan masa dekat sini. Melwat tmpt2 yg femes je. Antaranya angkor wat la, ke bayon temple, ta phrom lg satu temple xtaw apa nama dia. Kawasan dia sangat luas dan kami tak larat nak abiskan.. 😂😂😂😂.

Balik ke town. Lunch kat kedai balik hotel kejap dan kami ke Combodian culture village. Masuk sini disarankan bg org yg btl2 suka sejarah. Sepanjang kat sana dkt 6 show kami tgk mmg mula2 susah nak paham tp best jgk. Lain dr lain culture show yg dilihat. Mmg terbaek dan berbaloi masuk dan tak sangka iolls ahli2 trip kali ni pencinta sejarah

Dah bis kat situ kami ke kedai makan tuk dinner dan terus ke night market. Time ni dah start beli barang2 nak dibawak pulang. Dan kami pulang jalan kaki aje ke hotel dlm 15minit.

Tmpt lawatan
- Angkor wat 37USD (1 day pass)
- Combodian Culture Village 15USD
- Art Centre Nightmarket - kedai muslim lot kedai 7A. Murah beli fridge magnet kat sini dpt 5pcs 1USD. Dan da lg stu deret tu pun murah. Dapat kat sarahadi mmg kaw2 la dia tawar 😂😂😂. Suar cotton dr 6usd dpt 3usd.. Table cloth dr 9USD kot dpt 6.5USD. Habis2an tawar. Kain songket kat sini mahal sikit berbanding phnom penh. Sini blh dpt 11USD tu pun cuba nasib la. Pahsmina sini dpt 3USD.

Sunrise At Angkor Wat


Depan Gate nak ke Wat Phnom




Mahal weh 37 USD


WAT PHNom


Caah & Zila at Ta phrom


Lompatan


Angkor Wat

Hari Ke 5 (19/10/2018)

Aktiviti pagi kami dimulai dgn ke kampung phluk. Perjalanan dr bandar ke sini hampir 1jam dan naek tuktuk. Apa yg menarik kat sini dia satu perkampungan air, sama mcm dkt brunei ngn sabah. Camtu la rupa dia kat sini. Kat sini ada org jual daging buaya,ular etc. Haiyoo geli dgr. Kami abiskan kt sini dkt 3jam jgk la.

Balik town makan, rehat jap tghari kat hotel dan kami ke Lotus Farm. Ambil gambo dan kami ke night market lg tuk last shopping.

Tmpt lawatan

- Kampung Phluk 5USD
- Lotus Farm - 1USD 2orang
- Souniver shop dkt lotus farm
- Night market



Lotus Farm




Kampung Phluk


Hari ke 6 (20/10/2018)

Yeyy... Last day kat siem reap. Kami xda ke mana2 hanya ke silk farm . Kat sini dia tunjuk cara2 buat songket dari a to z. Dan harga dia sangat mahal tp berbaloi la weh.. 😂😂😂 dan seterusnya ke airport dan say good bye to Safy. Guide kami nma safy & yan. Fasih berbahasa melayu & english. Sewa tuktuk kat sini 15USD sehari dan yg bestnya siap provide air okeh. So klau nak booking safy blh pm dia kat fb ( Safy Angkor wat)

Tmpt lawatan
- Silk Farm- Free

Kami touch down kat KLIA2 6.10ptg.

So tamat sudah perjalanan kami berenam kat kemboja. So dah boleh tutup kemboja dan next ke taiwan.. Yeyy

Haiyoo ada lg satu entry yg blm tulis.. Matilanak nak recall balik trip bln 9 aritu ..hahahaha

Nah meh layan pic2 kami sepanjang kat sana.








Bergambo dengan Ahli2 pelakon dekat Combodian Culture Village




Pengangkutan Utama kami kat sana




Royal palace






Zakiah Namanya kalau tak silap




Safy & Yan




katanya Owner Genting yang punya


Cak






Killing Fill






Fancy Guest House


Pernikahan org kemboja


Lembu naik Bukit 6.5 USD


FIsh Morning Glory


Sticky Rice
5USD naik ni 


Biji teratai Sedap weh


Ala2 pavilion



No comments:

Post a Comment