Thursday, 28 August 2014

sejenak bersama


Bukan tidak suka.

Bahkan jauh sekali ingin membenci.

Saya cuma tidak kuat ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa.

Lantas kerana itulah saya melarikan diri.

Kerana saya tahu saya bukanlah srikandi yang teguh imannya di hati.

Saya cuma hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini.

Saya tahu amat sukar bagi anda untuk mengerti.

Andai anda ingin melarikan diri.

Tiada lain saya harapkan melainkan diredhakan hati.

Kerana saya tahu rencana Illahi adalah sebaik-baik ketetapan buat diri.

Lantas, siapalah saya untuk menyanggahi?

Andai ingin menanti.

Janganlah anda merapati.

Kerana saya pasti menjauhi.

Bukan kerana membenci tetapi

Kerana saya bukanlah srikandi yang tebal imannya di hati.

Buat hati yang menangisi.

Pergilah dikau mencari redha Illahi.


No comments:

Post a Comment